SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan STR 2025 merupakan bantuan tunai secara one-off kepada individu serta isi rumah yang berkelayakan. Kadar jumlah bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut kategori penerima.
Objektif bantuan ini yang paling utama adalah untuk meringankan beban kewangan segelintir rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
Bagaimanakah Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2? Ikuti info serta maklumat lanjut dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Beberapa kelayakan dengan kategori ada dikenakan untuk penerima bantuan berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Pembayaran dilakukan berdasarkan tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Rujuk rajah dibawah.
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan bermula pada 3 April 2025. Namun begitu, sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. |
Fasa 3 dan 4 | Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa. |
Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Semakan status untuk penerima boleh dibuat dengan melayari pautan dibawah dan ikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Kadar pembayaran bantuan STR untuk tahun 2025 secara keseluruhan kepada penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Rajah menunjukkan jumlah keseluruhan bantuan STR bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4). Jumlah pembayaran bagi Fasa 2 akan dikemaskini dari masa ke semasa.
KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Kaedah penyaluran kepada penerima adalah melalui kaedah berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]