STR 2025 FASA 2 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR 2025 FASA 2 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Umum sudah maklum bahawa Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan secara tunai one-off kepada penerima yang disalurkan secara berfasa.

Penyaluran bantuan ini berbeza daripada bantuan SARA yang disalurkan secara bulanan kedalam MyKad penerima.

Bilakah STR 2025 fasa 2? Sila ikuti maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Individu yang menepati syarat berikut merupakan penerima bantuan ini mengikut kategori:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 2

Rajah dibawah menunjukkan jadual pembayaran untuk bantuan STR 2025:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 2Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan bermula pada 3 April 2025.

Namun begitu, sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
Fasa 3 dan 4Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2025 FASA 2

Penerima yang berkelayakan boleh membuat semakan status berpandukan langkah dibawah:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Jumlah keseluruhan untuk bantuan ini ada ditunjukkan dalam rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

Rajah menunjukkan jumlah keseluruhan bantuan STR bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4). Jumlah pembayaran bagi Fasa 2 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

KAEDAH PENYALURAN STR 2025 FASA 2

Penyaluran bantuan STR 2025 adalah dengan kaedah berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 2
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment