BANTUAN BUDI MADANI BAYARAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM200

BANTUAN BUDI MADANI BAYARAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM200

Kebajikan rakyat adalah yang diutamakan oleh kerajaan. Oleh itu, satu platform pemberian semula subsidi hanya kepada yang memerlukan telah diperkenalkan di mana bantuan tunai akan diberikan kepada individu terpilih bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanakah bantuan budi madani bayaran? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: STR 2025 FASA 2

MAKSUD BANTUAN BUDI MADANI

BUDI MADANI adalah penyasaran semula subsidi kepada golongan yang berkelayakan sahaja agar dapat memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Mekanisme bantuan ini adalah di mana kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan mendapat subsidi supaya harga barangan dapat dikawal. Selain itu, beberapa individu terpilih akan mendapat bantuan tunai agar dapat mengurangkan kenaikan kos sara hidup.

Terdapat tiga kategori dibawah program ini iaitu:

  • Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
  • Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
  • MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat ada dikenakan iaitu:

  1. Kelayakan Budi Individu
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
    • Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
    • Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
  2. Kelayakan Budi Agri-Komoditi
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
    • Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
  3. Kelayakan MySubsidi Diesel
    • Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
    • Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI

Panduan dibawah boleh dirujuk untuk membuat semakan status penerima:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
  2. Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik ‘Semakan Status’
  4. Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Cara penyaluran bantuan budi madani ini adalah seperti dibawah:

  • Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara tunai, melalui kaunter perkhidmatan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI

Pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan adalah seperti berikut:

  • Januari – Jun
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI
(BULAN)
TARIKH BAYARAN
Januari7 Februari 2025 (Jumaat)
Februari 7 Mac 2025 (Jumaat)
Mac11 April 2025 (Jumaat)
April9 Mei 2025 (Jumaat)
Mei6 Jun 2025 (Jumaat)
Jun7 Julai 2025 (Jumaat)
  • Julai – Disember
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI
(BULAN
TARIKH BAYARAN
Julai8 Ogos 2025 (Jumaat)
Ogos8 September 2025 (Isnin)
September8 Oktober 2025 (Rabu)
Oktober7 November 2025 (Jumaat)
November5 Disember 2025 (Jumaat)
Disember9 Januari 2026 (Jumaat)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI

Bayaran yang akan disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut:

BANTUANKADAR BANTUAN (RM)
Bantuan Budi MadaniRM200 Sebulan

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan ataupun pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

Leave a Comment