SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (2025 SEMAKAN STATUS)

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (2025 SEMAKAN STATUS)

Berita baik buat warga Sarawak! Semua warga yang menepati syarat kelayakan penerima merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang yang berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan SKAS dengan nilai antara RM250 sehingga RM800.

Bagaimanakah sumbangan keperluan asas Sarawak? Ikuti penjelasan maklumat dan info di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: CHECK STATUS STR SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan untuk bantuan SKAS 2025 adalah seperti dibawah:

  • Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kategori Penerima
    1. Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    2. Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    3. Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH BANTUAN

Seramai 850,000 rakyat Sarawak akan menerima Bantuan SKAS ini setiap tahun mengikut kelayakan yang ditetapkan bagi setiap penerima.

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

TARIKH BAYARAN

Info terkini yang dapat kami maklumkan adalah pembayaran akan dilakukan bermula pada awal suku pertama tahun 2025, untuk tarikh rasmi masih lagi tidak diumumkan. Bantuan akan dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025. Pihak kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

PERMOHONAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

DAFTAR BANTUAN SKAS 2025

Sebarang permohonan manual tidak diperlukan untuk SKAS. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda akan disenaraikan secara terus berdasarkan data penerima STR Fasa 4. Penerima yang layak hendaklah menuruti langkah berikut untuk menerima bantuan.

  1. Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
  2. Semak kelayakan SKAS.
    • Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
    • Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
  3. Sahkan tuntutan bantuan.
    • Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Cara semakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang “Check Eligibility”.
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang “NEXT”.
  9. Kemudian, tekan “My Individual Account”.
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Tekan “Search”.
  13. Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Artikel ini sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini supaya memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:

Pertanyaan mengenai S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi mereka di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].

Selain itu, boleh juga menghubungi Pusat Talian Khidmat, +6082-555999, atau menghantar emel ke [email protected].

Leave a Comment