SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM 900 & RM600)

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Umum sudah maklum mengenai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk 2025, bakal disalurkan tidak lama lagi. Bantuan ini telah ditambahbaik supaya lebih ramai yang akan layak menerima bantuan ini. Pada tahun sebelum ini,. hanya golongan Miskin Tegar eKasih sahaja yang layak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah Sumbangan Asas Rahmah semakan? Boleh ikuti penjelasan info serta maklumat di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Syarat kelayakan yang harus ditepati oleh penerima untuk bantuan SARA 2025 adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran bantuan SARA di bawah MyKasih 2025 ini bagi setiap kategori adalah berbeza merujuk rajah di bawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN

Kemudiannya, untuk pembayaran bantuan SARA adalah secara ansuran serta berperingkat kepada penerima seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN

Akhir sekali adalah untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan SARA pada tahun 2025. Bagi individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment