CHECK STATUS STR SEMAK (FASA 1)

CHECK STATUS STR SEMAK (FASA 1)

Pelbagai program bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu menampung perbelanjaan kos sara hidup rakyat yang terdiri daripada golongan sederhana dan miskin. Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR.

Pada tahun 2025 ini, kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan harapan peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Bagaimanakah check status STR semak? Ikuti info dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN SKAS

SEMAK SYARAT KELAYAKAN STR

Senarai syarat-syarat kelayakan di bawah seharusnya dimiliki oleh penerima bantuan STR 2025.

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK TARIKH BAYARAN STR

Sehingga ke hari ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sekiranya ada maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.

CHECK STATUS JUMLAH STR

Kadar bantuan STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan permohonan yang telah diluluskan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 600

CHECK STATUS STR SEMAK

Langkah-langkah dibawah adalah cara untuk membuat semakan status STR 2025 menerusi online:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna. Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Leave a Comment