CARA SEMAKAN STATUS STR 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK

CARA SEMAKAN STATUS STR 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK

Program bantuan STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang berkelayakan dan memerlukan bantuan ini bagi menghadapi cabaran kos sara hidup pada abad ini.

Umum sudah maklum bahawa permohonan STR 2025 telah dibuka sepanjang tahun bermula 19 Oktober 2024.Oleh itu, pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Bagaimanakah cara semakan status STR? Ikutilah info dan panduan di bawah untuk ketahui maklumat yang lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)

SEMAK SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Anda layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  • Isi rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

KADAR JUMLAH BAYARAN STR 2025

Jumlah bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Setakat ini, kenyataan mengenai tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum dikeluarkan oleh pihak media Kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus sahaja pengumuman dihebahkan.

CARA SEMAKAN STATUS STR 2025

Langkah-langkah di bawah merupakan panduan lengkap untuk membuat semakan status bagi STR 2025 menerusi portal MySTR.

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

LUPA KATA LALUAN CARA SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda terlupa kata laluan dan ingin set semula, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dituruti:

  1. Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan No MyKad.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  6. Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
  7. Check emel dan log masuk semula MySTR.
  8. Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
  9. Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
  10. Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.

  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.

Leave a Comment