STR 2025 SEMAKAN STATUS (FASA 2)

STR 2025 SEMAKAN STATUS (FASA 2)

Menjelang tiba Hari Raya Aidilfitri ini telah berlangsungnya penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa 2 pada tahun ini iaitu bermula pada 24 Mac 2025, Isnin.

Penyaluran bantuan ini amat menyenangkan rakyat kerana dapat memanfaatkan bantuan ini untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan menyambut lebaran kali ini.

Bagaimanakah STR 2025 semakan status? Ikuti penjelasan info terkini berikutnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI STATUS

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan yang disenaraikan dibawah adalah kriteria penerima bantuan ini mengikut kategori:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN BAYARAN STR 2025 FASA 2

Pengkreditan untuk fasa 2 ini adalah bergantung kepada kelayakan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 – RM650
(Bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 – RM300
(Bergantung jumlah anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Penyaluran bantuan telah pun bermula dari 24 Mac 2025, Isnin kepada penerima dan dilakukan secara berperingkat merujuk kepada rajah dibawah:

KAEDAH PENERIMAANTARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
Kredit dalam akaun bank penerima24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat

STR 2025 FASA 2 SEMAKAN STATUS PENERIMA

Langkah-langkah berikut merupakan cara untuk penerima membuat semakan status secara dalam talian:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment