MYKASIH 2025 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

MYKASIH 2025 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai bantuan SARA yang dianjurkan bersama program MyKasih merupakan bantuan yang disalurkan setiap bulan kepada penerima melalui kad pengenalan masing-masing.

Program ini bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dalam membantu mereka mengharungi kehidupan pada abad ini.

Bagaimanakah MyKasih 2025 dalam MyKad? Ikuti info serta maklumat terkini dibawah.

BACA JUGA: STR FASA 2 SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan berikut merupakan kriteria yang diperlukan untuk penerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA BANTUAN MYKASIH 2025 DISALURKAN

Penerima akan mendapat bantuan seperti kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 DALAM MYKAD

Rajah dibawah menunjukkan jumlah pemberian bantuan secara keseluruhan dan juga bayaran secara bulanan kepada penerima:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH 2025 DALAM MYKAD

Panduan dibawah adalah untuk membuat semakan status penerima secara dalam talian:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment