BANTUAN BUDI MADANI STATUS : 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RM200

BANTUAN BUDI MADANI STATUS : 2025 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI RM200

BUDI MADANI ini diperkenalkan sebagai satu platform pemberian semula subsidi hanya kepada yang memerlukan bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara.

Supaya harga barangan dapat dikawal, kenderaan pengangkutan barangan darat yang tertentu akan terus mendapat subsidi. manakala bantuan tunai akan diberikan kepada individu terpilih bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanakah bantuan budi madani status? Ikuti segala info serta maklumat terkini dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SARA STR 2025

APA ITU BUDI MADANI

Budi Madani ini merupakan satu wadah oleh Kerajaan MADANI dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang selayaknya.

Hal ini diumumkan ekoran kerajaan betul-betul komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api supaya dapat mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Terdapat tiga kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.

Sebanyak RM200 sebulan akan disalurkan kepada penerima yang layak untuk Kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi dan sejajar dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI

Pada tahun 2025 ini, penerima yang telah diluluskan permohonannya akan disalurkan bantuan pada tarikh-tarikh seperti jadual berikut:

  • Januari – Jun 2025
TARIKH PERMOHONANTARIKH BAYARAN
1-31 Januari 20257 Februari 2025 (Jumaat)
1-28 Februari 20257 Mac 2025 (Jumaat)
1-31 Mac 202511 April 2025 (Jumaat)
1-30 April 20259 Mei 2025 (Jumaat)
1-31 Mei 20256 Jun 2025 (Jumaat)
1-30 Jun 20257 Julai 2025 (Isnin)
  • Julai – Disember 2025
TARIKH PERMOHONANTARIKH BAYARAN
1-31 Julai 20258 Ogos 2025 (Jumaat)
1-31 Ogos 20258 September 2025 (Isnin)
1-30 September 20258 Oktober 2025 (Rabu)
1-31 Oktober 20257 November 2025 (Jumaat)
1-30 November 20255 Disember 2025 (Jumaat)
1-31 Disember 20259 Januari 2026 (Jumaat)

KAEDAH PEMBAYARAN BUDI MADANI

Seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, penerima yang layak serta lulus permohonan akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan.

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI
  • Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

SEMAKAN STATUS BANTUAN BUDI MADANI

Semakan status kelayakan untuk bantuan Budi Madani ini akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://budimadani.gov.my/.
  2. Klik butang [Log Masuk] di sebelah kanan.
  3. Masukkan MyKad dengan betul dan klik butang [Semak].
  4. Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
  5. Jika betul, sila tekan YA.
  6. Kemudian, masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
  7. Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  8. Tekan [Semakan Status].
  9. Seterusnya, semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
  10. Selesai.

Sekiranya tidak diluluskan tetapi anda memenuhi syarat kelayakan, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan.

RUJUKAN

Semua maklumat mengenai bantuan Budi Madani ini adalah daripada Portal Rasmi. Jika terdapat sebarang kekeliruan, rujuk bantuan dibawah:

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel : [email protected]

Leave a Comment