SEMAKAN STR (2025 SEMAK ONLINE BANTUAN)

SEMAKAN STR (2025 SEMAK ONLINE BANTUAN)

Seperti kita sedia maklum, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun agar dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menerima manfaat daripada bantuan kerajaan ini.

Walaupun permohonan ini dibuka sepanjang tahun, permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1 2025 adalah sehingga 30 November 2024. Oleh itu, pemohon digalakkan untuk melakukan semakan permohonan bantuan STR 2025 dan kemaskini maklumat bagi mengelakkan permohonan berstatus tidak lulus.

Bagaimanakah semakan STR? Sila ikuti info lanjut di bawah.

Baca juga: LOG MASUK STR HASIL (BANTUAN FASA 1 2025 SEMAKAN).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon boleh semak syarat kelayakan bagi permohonan bantuan STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Isi rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

TARIKH BAYARAN FASA 1 STR 2025

Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2025

Kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang akan diberikan adalah mengikut kategori seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

SEMAKAN STR 2025

Untuk membuat semakan status bantuan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Selain itu, andajuga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel : [email protected]

Leave a Comment