SEMAKAN MYKASIH ONLINE (2025 BANTUAN MYSARA)
Berdasarkan respon positif rakyat terhadap penyaluran sumbangan pada tahun 2024, Kerajaan Madani telah bersetuju untuk menyambung lagi bantuan SARA di bawah Program MyKasih pada tahun 2025 dan menambah peruntukan yang lebih lagi kepada ramai penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan MyKasih online? Boleh ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
Baca juga : SEMAKAN STR 2025 (CHECK ONLINE).
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan Program MyKasih 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Seterusnya, pembayaran bantuan MyKasih adalah secara ansur serta berperingkat mengikut negeri yang didiami penerima adalah seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN MYKASIH ONLINE
Untuk menyemak status kelayakan bagi MyKasih secara online boleh rujuk seperti panduan di bawah:
- Layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala info serta maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/ .
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]