SEMAKAN STR 2025 (CHECK ONLINE)
Info Terkini! Bayaran STR 2025 Fasa 1 akan disalurkan tidak lama lagi. Tarikh akhir permohonan bagi kelayakan bayaran STR Fasa 1 2025 adalah 30 November 2025, pada jam 5.00 petang.
Pemohon boleh melakukan semakan bayaran apabila bayaran dikreditkan. Untuk mengelak permohonan berstatus tidak lulus, anda perlu melakukan semakan maklumat permohonan dan membuat kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan butiran diri terbaru.
Bagaimanakah semakan str 2025? Info lanjut rujuk di sini.
Baca juga: LOG MASUK STR HASIL.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Anda boleh semak syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2025
Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan dibayar mengikut kategori seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
SEMAKAN STR 2025
Anda boleh semak status STR 2025 online seperti berikut:
- Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Untuk makluman, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 belum diumum oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna. Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
E-mel : [email protected].