SEMAKAN STATUS E KASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN STATUS E KASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Semua orang sudah tahu bahawa bantuan SARA MyKasih 2025 diberikan secara bulanan kepada penerima MyKad dengan jumlah yang telah ditetapkan untuk setiap kategori.

Ini dilakukan supaya kategori golongan miskin dan miskin tegar boleh memanfaatkan bantuan ini dengan membeli barangan asas di kedai runcit berdaftar.

Bagaimanakah semakan status e kasih? Untuk info dan maklumat lanjut mengenai bantuan, sila ikuti penjelasan di bawah.

BACA JUGA : LOGIN STR

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Senarai kriteria berikut harus dipenuhi oleh penerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS E KASIH 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 boleh menyemak status mereka dengan menggunakan arahan di bawah.

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi E Kasih 2025 :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

CARA PENGKREDITAN BANTUAN

Bantuan SARA 2025 diberikan kepada penerima melalui kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN TARIKH PENGKREDITAN E KASIH

Kerajaan telah menetapkan jadual untuk pengkreditan bantuan ini supaya penerima boleh menyemak secara berkala. Semak rajah berikut:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walau bagaimanapun, tarikh bayaran rasmi boleh diubah dari semasa ke semasa, dan pihak kami akan memberitahu anda sekiranya ia diumumkan pada masa hadapan.

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan ini berbeza untuk setiap kategori dan diberikan kepada penerima setiap bulan. Rajah berikut menunjukkan jumlah penerima secara keseluruhan dan bulanan:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

RUJUKAN

Perkongsian maklumat mengenai bantuan kerajaan di sini adalah untuk menjadikannya lebih mudah untuk orang ramai. Sila hubungi pihak berwajib di bawah untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai bantuan SARA MyKasih:

1 thought on “SEMAKAN STATUS E KASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA”

Leave a Comment