E KASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

E KASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Semua sedia maklum bahawa bantuan SARA MyKasih 2025 diberikan kepada penerima MyKad secara bulanan dengan jumlah yang berbeza untuk setiap kategori.

Kerajaan berharap supaya golongan miskin dan miskin tegar boleh mendapat manfaat daripada bantuan ini dengan membeli barangan asas yang diperlukan oleh setiap keluarga. Hal ini secara langsung dapat memberi sedikit keselesaan kepada rakyat.

Bagaimanakah e kasih 2025? Sila ikuti info dan maklumat berikut untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: LOGIN STR

SYARAT KELAYAKAN E KASIH

Setiap pemohon haruslah mempunyai ciri-ciri berikut untuk menerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN E KASIH

Untuk menyemak status penerima bantuan asas rahmah, sila rujuk arahan berikut:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi E Kasih 2025 :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN

Bantuan SARA 2025 disalurkan kepada penerima mengikut prosedur berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN TARIKH PENGKREDITAN E KASIH

Kerajaan telah menetapkan jadual untuk pengkreditan bantuan ini supaya penerima boleh menyemak secara berkala. Semak rajah berikut:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walau bagaimanapun, tarikh bayaran rasmi boleh diubah dari semasa ke semasa. Sekiranya ia diumumkan pada masa hadapan, pihak kami akan memberitahu anda.

JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH

Jumlah bantuan yang disalurkan adalah berbeza untuk setiap kategori dan kepada penerima setiap bulan. Rajah berikut menunjukkan jumlah penerima secara keseluruhan dan bulanan:

KATEGORI PENERIMABULANAN (RM)
JANUARI – MAC
BULANAN (RM)
APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

RUJUKAN

Perkongsian maklumat mengenai bantuan kerajaan di sini adalah untuk menjadikannya lebih disampaikan kepada orang ramai. Sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai bantuan SARA MyKasih sila hubungi pihak berwajib di bawah:

Leave a Comment