BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Kerajaan Malaysia amat cakna kepada golongan miskin dan miskin tegar yang tengah dalam mengharungi bebanan menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Hal ini telah menyebabkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam membeli kelengkapan barangan asas untuk sekeluarga supaya dapat memberi sedikit keselesaan kepada rakyat.
Bagaimanakah bantuan barang dapur? Sila ikuti info dan maklumat berikut untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: PADANS SABAH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Rakyat haruslah mempunyai ciri-ciri berikut untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR
Panduan dibawah adalah untuk dirujuk bagi membuat semakan status penerima bantuan:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH SALURAN BANTUAN
Cara penyaluran bantuan adalah seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH SALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN BARANG DAPUR
Rajah dibawah menunjukkan tarikh pemberian bantuan kepada penerima SARA MyKasih 2025:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.
SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang mempunyai label MyKasih dan boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan yang diberikan kepada penerima adalah berbeza dan mengikut kategori yang diluluskan. Rujuk rajah dibawah untuk semakan:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]