SEMAKAN SARA 2025 (CHECK STATUS ONLINE)

SEMAKAN SARA 2025 (CHECK STATUS ONLINE)

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini dalam Belanjawan 2025.

Lanjutan daripada itu, bantuan inisiatif ini akan disalurkan kepada sembilan juta penerima iaitu sekitar 60 peratus rakyat dewasa di negara kita.

Bagaimanakah semakan SARA 2025? Ikuti panduan dan info lanjut di sini.

BACA JUGA: SEMAKAN STR (2025 SEMAK ONLINE BANTUAN)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Antara syarat-syarat kelayakan bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025 ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penerima yang dikenal pasti layak mendapat bantuan SARA 2025 ini akan menerima sumbangan berjumlah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah: RM 1,200
Warga Emas: RM 1,200
Bujang: RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah: RM 900
Warga Emas: RM 450
Bujang: RM 0

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Untuk penerima sedia ada, bayaran akan dilakukan seperti biasa bermula pada Januari 2025 dan kaedah bayaran akan dilakukan setiap bulan kepada penerima yang berstatus lulus. Penerima baharu yang berstatus lulus bermula pada tahun 2025 akan terima bayaran bermula pada April 2025.

SEMAKAN SARA 2025

Anda boleh membuat semakan mengenai status kelayakan permohonan Sumbangan Asas Rahmah 2025 ini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Semua info dan maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/ .
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment