SEMAKAN MY KASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN MY KASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Motif utama kerajaan menyalurkan bantuan adalah supaya dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.

Kerajaan amat berharap agar dengan penyaluran bantuan ini membolehkan rakyat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Bagaimanakah semakan My Kasih rm100? Ikuti maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

SEMAKAN STATUS PENERIMA MY KASIH RM100 2025

Semakan status boleh dibuat dengan melayari dua pautan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

CARA PENGKREDITAN BANTUAN

Penyaluran bantuan kepada penerima adalah dengan cara berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MY KASIH RM100

Bantuan diagihkan secara bulanan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

CARA PEMBELIAN BARANGAN MY KASIH 2025

Penerima boleh membuat pembelian di kedai runcit dengan panduan berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment