BANTUAN RM100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN RM100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Penambahbaikan kepada bantuan SARA dan STR adalah peningkatan peruntukan sebanyak RM13 bilion berbanding pada tahun sebelumnya RM10 bilion di mana peningkatan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah.

Bagaimanakah bantuan rm100 dalam MyKad? Sila teruskan pembacaan untuk mengetahui info selanjutnya.

BACA JUGA: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD

Panduan dibawah adalah merujuk kepada cara untuk penerima yang ingin membuat semakan status:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

CARA PENGKREDITAN BANTUAN

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima dengan kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM100 DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan dilakukan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

CARA PEMBELIAN BARANGAN BANTUAN RM100 DALAM MYKAD

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima boleh digunkan untuk membeli barangan asas di kedai runcit mengikut panduan berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment