SEMAKAN EKASIH SARA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA FEBRUARI 2025 (RM100 & RM50)
Berbanding tahun 2024, kerajaan telah memperluaskan penyaluran bantuan SARA ke dalam MyKad sehingga ke negeri Sabah dan Sarawak dan bukan hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia sahaja.
Nilai sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula bulan Januari hingga ke Mac 2025. Selanjutnya, nilai bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan pula bermula April 2025.
Sistem penyaluran secara seragam ini adalah merupakan pembaikpulihan daripada tahun lalu yang mana penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun sahaja kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagaimanakah semakan Ekasih SARA? Sila ikuti info serta maklumat terkini dibawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
SYARAT KELAYAKAN EKASIH SARA 2025
Beberapa syarat kelayakan ada dikenakan untuk menerima bantuan ini supaya hanya individu yang selayaknya akan mendapat manfaat daripada sumbangan ini. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR BANTUAN SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 ini adalah seperti dalam rajah dibawah untuk kategori yang berlainan:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
TARIKH BAYARAN EKASIH SARA
Tarikh-tarikh pembayaran untuk Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 adalah secara berperingkat seperti rajah dibawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN
Bantuan eKasih SARA ini adalah secara tanpa tunai dan pengagihannya adalah dengan cara seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN STATUS EKASIH SARA
Semakan boleh dibuat untuk mengetahui status bantuan SARA yang disalurkan adalah layak atau tidak dengan mengikuti dua panduan dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PEMBELIAN BARANGAN SARA
Panduan dibawah adalah untuk rujukan anda menggunakan bantuan SARA di dalam Mykad:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan ini adalah hanya bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]