SEMAKAN BANTUAN DALAM IC 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)
SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.
Penerima bantuan akan menerima RM100 sebulan menerusi MyKad mulai Januari 2025 untuk pembelian barang keperluan seperti makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri.
Pembelian boleh dibuat di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara yang berdaftar dengan program MyKasih. Mulai April, bantuan ini akan ditambah kepada RM200 sebulan bagi penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan bantuan dalam IC? Sila ikuti penulisan artikel ini bagi mengetahui lebih banyak info serta maklumat yang lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SARA
Penerima bantuan SARA bagi tahun 2025 ini haruslah mempunyai kriteria kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR BANTUAN DISALURKAN DALAM IC
Jumlah pemberian sumbangan adalah berdasarkan kategori yang diluluskan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM IC
Pembayaran bantuan ke dalam MyKad adalah secara ansuran dan berperingkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
CARA PENGAGIHAN BANTUAN SARA
Kerajaan telah menetapkan pengagihan sumbangan ini kepada penerima adalah dengan cara yang berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM IC
Status penerimaan bantuan boleh disemak dengan menuruti dua pautan beserta panduan dibawah dengan teliti.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN SARA
Pembelian boleh dibuat dimana-mana kedai yang berdaftar dengan menggunakan bantuan dalam MyKad seperti panduan dibawah:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Adakah saya masih layak untuk terima bantuan ini…
Saya membuat semakan utk SARA2025 menunjukkan tiada dlm rekod..
Tetapi sy layak STR 2025..jadi adakah sy secara automatik layak utk sara 2025 yg mana membolehkan utk membeli brg keperluan menggunakan MyKad…atau sy perlu utk membuat permohonan semula..??