BANTUAN 300 SABAH : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN 2025 ONLINE

BANTUAN 300 SABAH : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN 2025 ONLINE

Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan satu inisiatif bantuan iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini

Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) merupakan penyelaras program yang mana pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima.

Justeru, bantuan ini diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada penerima, khususnya semasa musim perayaan utama.

Apakah bantuan 300 Sabah? Ikuti info serta maklumat terkini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Bantuan untuk rakyat Sabah ini adalah khusus untuk rakyat yang tergolong daripada miskin dan miskin tegar. Program ini dilaksanakan secara berperingkat dan dianggarkan seramai 100,000 penerima bakal menerima manfaat daripada program bantuan ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan cuba mengesan golongan miskin dan miskin tegar yang terdapat semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) agar tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.

Hal ini bukan sahaja membantu daripada segai kewangan malah, untuk memastikan pembangunan ekonomi serta kebajikan rakyat di Sabah dapat diberi tumpuan secara inklusif terutama kepada golongan yang amat memerlukan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH

Syarat kelayakan bagi penerima bantuan khas untuk rakyat Sabah ini adalah:

  • Ketua isi rumah miskin tegar dan miskin, termasuk ahli keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

JUMLAH BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM300 sebulan selama setahun yang mana membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN

Bantuan akan dilaksanakan secara berperingkat dan disalurkan dalam bentuk pakej yang akan bermula pada bulan Februari 2025. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan kelak dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment