SEMAKAN BANTUAN STR 2025 : (FASA 1) SEMAK STATUS ONLINE
Peruntukan bantuan bagi tahun 2025, kerajaan telah bersetuju untuk memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini seharusnya dapat memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Program bantuan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menepati beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah semakan bantuan STR 2025? Sila ikuti maklumat serta info di bawah bagi ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan yang perlu ada pada penerima STR 2025. Antara kategori syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Seterusnya, jumlah bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk setiap kategori adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH STR 2025 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN STR 2025
Setakat ini, kenyataan mengenai tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Oleh itu, sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan STR 2025 ini akan kami kemaskini sejurus sahaja pengumuman dihebahkan.
SEMAKAN BANTUAN STR 2025
Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk Portal Rasmi STR dan panduan untuk membuat semakan status fasa 1.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
SET SEMULA KATA LALUAN
Sekiranya anda terlupa kata laluan dan ingin set semula, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dituruti:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]