STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Motif utama bagi penyaluran bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi.
Kerajaan berharap agar dengan usaha ini dapat membantu rakyat serba sedikit dalam menampung perbelanjaan sara hidup pada abad ekonomi semakin meruncing kini.
Bagaimanakah STR fasa 1 2025? Boleh ikuti penjelasan di bawah untuk ketahui info dan maklumat dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN SARA EKASIH 2025
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Permohonan bagi bantuan STR 2025 akan lulus kelayakan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Kadar bayaran STR 2025yang disalurkan adalah bergantung kepada kategori kelayakan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini
berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.
KAEDAH PENGKREDITAN STR 2025
Kaedah pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:
- a. Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- i. Tiada maklumat akaun bank
- ii. Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025
Panduan di bawah merupakan langkah-langkah untuk log masuk Portal Rasmi STR dan membuat semakan status fasa 1.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah.
Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna.
Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].
Bantuan bujang
Sudah masuk ka
Berapa hb masuk bantuan bujang