SEMAKAN BANTUAN SARA : 2025 SEMAK STATUS PENERIMA (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA 2025 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyaluran bantuan ini adalah secara bulanan ke dalam MyKad penerima dengan amaun yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing.
Kredit yang disalurkan kepada penerima SARA boleh digunakan di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.
Bagaimanakah semakan bantuan SARA? Ikuti penjelasan lanjut dibawah untuk ketahui info serta maklumat seterusnya.
BACA JUGA: MYSARA 2025
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SARA
Penerima yang mempunyai kelayakan seperti senarai dibawah adalah yang layak menerima bantuan ini. Hal ini bagi memastikan bantuan disalurkan kepada yang betul-betul memerlukan.
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN
Sumbangan yang disalurkan adalah berdasarkan kategori yang diluluskan. Setiap kategori akan disalurkan amaun sumbangan yang berbeza. Rujuk rajah dibawah untuk semak:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN SARA
Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, saluran bantuan ke dalam MyKad akan bermula pada 15 Januari 2025, Rabu dan secara bulanan sebanyak RM100 untuk kategori isi rumah miskin dan miskin tegar. Jadual dibawah boleh dirujuk:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN BANTUAN SARA
Semakan status boleh dibuat menggunakan dua pautan yang disertakan dalam panduan dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected].