LOGIN EKASIH : SEMAKAN STATUS SARA RAHMAH (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Terkini! Tarikh penyaluran bantuan SARA telah diumumkan baru-baru ini. Selama 12 bulan bermula dari 15 Januari 2025, penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
Setelah itu, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih sejurus sahaja penerima diluluskan dan didaftarkan ke SARA. Semua elaun perbelanjaan yang disalurkan akan disimpan di situ.
Bagaimanakah login eKasih? Sila ikuti info serta maklumat yang akan dinyatakan dibawah untuk ketahui selanjutnya.
BACA JUGA: MYSARA 2025
SYARAT KELAYAKAN EKASIH
Penerima yang berkelayakan dan menepati semua ciri-ciri dibawah adalah layak untuk menerima bantuan SARA eKasih ini:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH EKASIH SARA 2025
Amaun yang disalurkan kepada penerima adalah berdasarkan kategori yang diluluskan. Semak jumlah bantuan yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN SARA EKASIH
Pembayaran akan dibuat bermula pada 15 Januari 2025, Rabu untuk kategori isi rumah miskin dan miskin tegar secara bulanan sebanyak RM100. Rujuk jadual dibawah untuk kategori lain:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
LOGIN EKASIH
Ini adalah cara login MyKasih secara online di https://mykasih.com.my dan di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
LOGIN EKASIH SEMAKAN STATUS
Penerima yang ingin membuat semakan status boleh lakukannya mengikut dua panduan dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected].