MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200/ RM100 / RM50 SEBULAN)

MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200/ RM100 / RM50 SEBULAN)

Merujuk kepada ucapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, bantuan SARA merupakan pengagihan semula perbelanjaan subsidi daripada sebahagian penjimatan dan pertambahan hasil negara.

Hal ini dilakukan adalah supaya dapat membantu rakyat yang pada masa kini amat memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan sara hidup. Bagi memastikan rakyat tersebut menerima manfaat ini, penyaluran bantuan adalah melalui MyKad.

Bagaimanakah MySARA 2025? Ikuti penjelasan dibawah untuk mengetahui info serta maklumat terkini.

BACA JUGA: SEMAKAN STR FASA 1 LOGIN

KELAYAKAN MYSARA 2025

Beberapa syarat adalah suatu kemestian untuk kriteria bagi penerima bantuan. Senarainya adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH MYSARA 2025

Kadar bantuan SARA kepada kategori isi rumah untuk miskin dan miskin tegar telah ditingkatkan daripada RM1,200 pada tahun 2024 kepada RM2,100 untuk tahun 2025. Rujuk rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
MYSARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa penyaluran Sumbangan Asas Rahmah 2025 akan bermula pada 15 Januari 2025, Rabu melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar.

Sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan bagi Januari sehingga Mac 2025 manakala akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan bermula April 2025. Rujuk rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
MYSARA 2025
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN MYSARA 2025

Status penerima boleh disemak secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi MyKasih atau Portal Rasmi MySTR. Rujuk panduan dibawah untuk melayari:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Semua perkongsian di sini mengenai bantuan kerajaan adalah daripada Portal Rasmi MyKasih dan supaya memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

4 thoughts on “MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200/ RM100 / RM50 SEBULAN)”

Leave a Comment