SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAK STATUS 2025 KELAYAKAN PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Kerajaan telah menyalurkan bantuan SARA 2025 kepada rakyat dengan harapan agar dapat mengurangkan bebanan kos tanggungan sara diri rakyat.
Rakyat yang berkelayakan untuk mendapat manfaat ini akan menerima bantuan tunai disalurkan dalam MyKad yang boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan asas yang diperlukan.
Bagaimanakah semakan bantuan barang dapur? Sila ikuti penjelasan dibawah bagi ketahui info-info serta maklumat lanjut.
BACA JUGA: PADANS SABAH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Penerima yang mempunyai semua kriteria dibawah adalah layak menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN TARIKH BANTUAN BARANG DAPUR DISALURKAN
Bantuan ini disalurkan secara berperingkat dan bulanan. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui tarikh-tarikh saluran:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.
CARA BANTUAN DISALURKAN
Setiap penerima yang berkelayakan akan menerima bantuan seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | CARA SALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Penerima akan mendapat jumlah bantuan yang berbeza mengikut kelayakan masing-masing. Rajah dibawah menunjukkan jumlah bantuan berdasarkan kategori kelayakan:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Penerima yang berkelayakan boleh membuat semakan status dengan menerusi dalam talian sahaja. Terdapat dua panduan untuk dirujuk:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH 2025
Barangan dapur yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah supaya memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]