SEMAK STATUS STR 2026 : FASA 3

SEMAK STATUS STR 2026 : FASA 3

Kelayakan penerima bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk sesi 2026 adalah sama seperti tahun sebelumnya. Maka, penerima yang lama tidak perlu membuat permohonan baru tetapi harus mengemas kini maklumat peribadi di Portal Rasmi STR sekiranya belum pernah kemaskini selama tiga tahun berturut-turut.

Bagaimanakah semak status STR 2026? Sila ikuti panduan yang disediakan di bawah.

BACA JUGA: SARA 2026 ONLINE

SEMAK KELAYAKAN STR 2026

Syarat kelayakan bantuan STR 2026 yang digazetkan oleh pihak kerajaan adalah:

  • Isi Rumah
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berkahwin (ada atau tiada anak);
    3. Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    5. Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
  • Warga Emas
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
    3. Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    5. Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

PANDUAN MOHON BANTUAN STR 2026

Berikut panduan untuk mohon bantuan STR 2026:

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu) dan (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  3. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  5. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  6. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  7. Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
  8. ⁠Isikan Pilihan Pekerjaan.
  9. ⁠Isikan Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan
    • Bujang
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  16. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  17. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  18. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  19. Muat naik dokumen Sokongan.
  20. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  21. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  22. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  23. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  24. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  25. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  26. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  27. Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  28. ⁠Selesai.

DAFTAR AKAUN BARU STR 2026

Berikut cara daftar akaun baru STR 2026 untuk melakukan pelbagai urusan berkaitan:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. Klik butang (Semak).
  6. Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. Selesai.

SEMAK STATUS STR 2026

Cara semak status STR 2026 adalah seperti panduan berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

SEMAK STATUS JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran STR 2026 adalah sebanyak:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2026
(SETAHUN)
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

AMAUN BAYARAN STR FASA 3 2026

Amaun bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR 2026
(FASA 3)
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
Belum Dimaklumkan Secara Rasmi
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM5,000 dan Ke Bawah
Bujang
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah

KALENDAR BANTUAN STR 2026

Bantuan STR 2026 disampaikan secara berperingkat seperti kalendar berikut:

PERINGKATKALENDAR BANTUAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Belum dimaklumkan Secara Rasmi
Fasa 4

TARIKH BANTUAN STR FASA 3 2026

Setakat ini, tarikh bantuan STR Fasa 3 2026 disampaikan kepada penerima yang layak belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Sekiranya terdapat perubahan semasa, akan kami maklumkannya di sini.

RUJUKAN

Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment