STR 2026 SEMAKAN : FASA 3

STR 2026 SEMAKAN : FASA 3

STR merupakan bantuan tunai yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini bagi meringankan beban sara hidup mereka. Pemohon yang layak akan menerima bantuan mengikut kadar kelayakan masing-masing. Sehubungan itu, pemohon perlu membuat semakan sama ada mereka layak atau tidak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah STR 2026 semakan? Ikuti info di bawah.

BACA JUGA: SARA 2026 ONLINE

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026

Sila buat semakan terlebih dahulu sama ada anda menepati atau tidak syarat kelayakan yang digariskan untuk menerima bantuan STR 2026. Syarat kelayakannya adalah:

  • Isi Rumah
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berkahwin (ada atau tiada anak);
    3. Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    5. Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
  • Warga Emas
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
    3. Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    5. Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

Rakyat yang belum pernah menjadi penerima bantuan STR atau penerima terdahulu yang memerlukan untuk membuat permohonan baru atas sebab-sebab tertentu, boleh merujuk panduan berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada laman utama MySTR 2026–Klik butang (Permohonan Baharu) dan (Ya, Teruskan) untuk permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  3. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  5. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  6. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  7. Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
  8. ⁠Isikan Pilihan Pekerjaan.
  9. ⁠Isikan Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan
    • Bujang
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  16. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  17. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  18. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  19. Muat naik dokumen Sokongan.
  20. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  21. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  22. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  23. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  24. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  25. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  26. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  27. Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  28. ⁠Selesai.

PANDUAN DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR

Semua penerima mestilah mendaftar akaun baharu di MySTR untuk memudahkan melakukan semakan kelayakan dan juga membuat pelbagai urusan berkaitan. Berikut adalah panduan melakukannya:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. Klik butang (Semak).
  6. Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. Selesai.

SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 3 2026

Ikuti panduan berikut untuk membuat semakan kelayakan STR 2026 bagi Fasa 3:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan Str
    • Jumlah Telah Dibayar
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
    • Status Kelayakan SARA
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan
    • Cetak Permohonan
    • Semakan Permohonan
    • Kemas Kini Maklumat Asas
    • Tukar Kata Laluan
    • Maklumbalas
    • Peti Mel
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

SEMAKAN KADAR BANTUAN STR 2026

Pemohon boleh membuat semakan berapakah kadar bantuan STR 2026 yang layak mereka terima bagi tahun 2026:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
STR 2026
(SETAHUN)
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

JUMLAH BANTUAN STR FASA 3 2026

Jumlah bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN STR 2026
(FASA 3)
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
Belum Diisytiharkan
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang

TARIKH PENYALURAN BANTUAN STR FASA 3 2026

Sehingga kini, pihak kerajaan belum mengisytiharkan tarikh penyaluran bantuan STR 2026 bagi Fasa 3. Sebarang perubahan akan kami maklumkan segera di sini.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan jadual penyaluran bantuan STR 2026:

PERINGKATJADUAL PENYALURAN
BANTUAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Belum Diisytiharkan
Fasa 4

RUJUKAN

Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment