MYSTR LOGIN 2026 : SEMAK STATUS STR FASA 3
STR merupakan bantuan yang disampaikan oleh kerajaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan sedikit sebanyak komitmen sara hidup mereka. Mereka yang berkelayakan sewajarnya tidak terlepas peluang untuk turut merasa bantuan ini. Sehubungan itu, mereka perlulah terlebih dahulu login akaun MySTR untuk membuat pelbagai urusan seperti permohonan, rayuan, dan kemas kini serta sebagainya.
Bagaimanakah MySTR login 2026? Sila teruskan membaca artikel ini untuk ketahui cara-cara melakukannya.
BACA JUGA: BILA MASUK MYKASIH 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk memperoleh bantuan STR 2026 adalah:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
DAFTAR AKAUN MYSTR LOGIN 2026
Berikut cara daftar akaun MySTR:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN BANTUAN STR FASA 3 2026
Sehingga saat ini, pihak kerajaan belum mengisytiharkan tarikh agihan bantuan STR 2026 bagi Fasa 3. Seandainya terdapat maklumat terkini, kami akan kemas kininya di sini.
JADUAL AGIHAN BANTUAN MYSTR LOGIN 2026
Jadual agihan bantuan MySTR login 2026 adalah seperti berikut:
| FASA | JADUAL AGIHAN BANTUAN MYSTR LOGIN 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum dimaklumkan |
| Fasa 4 | – |
JUMLAH BAYARAN MYSTR LOGIN 2026
Jumlah bayaran MySTR login 2026 adalah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYSTR LOGIN 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
KADAR BANTUAN STR FASA 3 2026
Kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2026 (FASA 3) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Belum Dimaklumkan |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | – |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | – |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.