SARA ONE OFF : SEMAKAN BAYARAN (RM300/RM150)
SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan kewangan yang diumumkan oleh Kerajaan Madani untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar abad ini.
Hal ini dinyatakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai tambahan (one off) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar dengan mengikut kaedah pembayaran STR bermula 9 Disember 2024. Walaubagaimanapun, baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan ini sepanjang tahun.
Bagaimana SARA One Off? Sila rujuk di bawah untuk mengetahui info dan maklumat selebihnya.
BACA JUGA: SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)
KELAYAKAN PENERIMA
Penerima bantuan ini mestilah memenuhi kriteria kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan
- Bukan dalam kumpulan Miskin atau Miskin Tegar dalam data e-Kasih
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada
9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.
Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat melalui akaun bank penerima.
Wang tunai dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
Penerima boleh menuntut wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya
‘Status Gagal Kedit’
JUMLAH BANTUAN SARA
Berikut merupakan jumlah bayaran bantuan yang akan disalurkan mengikut kelayakan setiap penerima :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan : RM300;
- Isi Rumah Tunggal : RM300.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
SARA ONE OFF SEMAKAN
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
RUJUKAN
Sebarang maklumat berkenaan dengan bantuan kerajaan boleh terus rujuk kepada pihak yang berwajib di bawah. Di sini sekadar berkongsi panduan dan informasi kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.