PADANS SABAH GOV MY 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

PADANS SABAH GOV MY 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

Kadar kemiskinan di negeri Sabah amat merunsingkan ekoran mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.

Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat di samping menyalurkan bantuan kepada rakyat yang berkelayakan dalam membeli barangan asas harian.

Apakah PADANS Sabah gov my? Ikuti maklumat lanjut dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: LESEN PERCUMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Senarai dibawah adalah kriteria yang perlu ada pada penerima bantuan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BANTUAN SABAH PADANS GOV MY

Setiap penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima bantuan berjumlah seperti berikut:

FASA PEMBAYARANJUMLAH BANTUAN (RM)
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
(Fasa 1, 2, 3 dan 4)
RM 900

Jumlah bayaran adalah untuk tempoh tiga bulan serentak.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH

Penyaluran bantuan kepada rakyat Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah pada:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025, Rabu
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Oktober – Disember 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.

Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SABAH

Penerima akan menerima bantuan ini melalui tiga cara yang bersesuaian iaitu:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO

PORTAL PADANS GOV MY SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH

Status penerima boleh disemak secara dalam talian dengan menuruti panduan dibawah:

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment