SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR: SEMAKAN STATUS 2025 KELAYAKAN PENERIMA (RM50 & RM100 & RM200)

SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR: SEMAKAN STATUS 2025 KELAYAKAN PENERIMA (RM50 & RM100 & RM200)

Ekoran bebanan kos sara hidup yang tinggi yang dialami oleh rakyat, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif untuk golongan miskin dan miskin tegar di negara ini.

Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat untuk membeli barangan asas yang diperlukan oleh setiap keluarga. Ini secara langsung dapat memberi sedikit keselesaan kepada semua rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semak bantuan barang dapur? Sila ikuti info berikut untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: PADANS SABAH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat dibawah adalah kriteria yang perlu ada pada penerima:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR

Untuk menyemak status penerima bantuan, rujuk arahan berikut:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih 2025 :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN BARANG DAPUR

Berikut merupakan kaedah penyaluran bantuan yang di tetapkan oleh kerajaan Malaysia:

NEGERI PENERIMAKAEDAH SALURAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR

Jadual di bawah memaparkan tarikh pemberian bantuan kepada semua yang layak menerima SARA MyKasih 2025:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PEMBERIAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walau bagaimanapun, tarikh pemberian rasmi ini juga boleh diubah dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan. Sebarang perubahan atau pertukaran pada masa hadapan akan dimaklumkan semula oleh pihak kami.

JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH 2025

Jumlah sumbangan yang diberi adalah berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sila rujuk jadual dibawah untuk semakan.

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang mempunyai label MyKasih. Barang tersebut juga boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment