PADANS SABAH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Sebuah program bantuan telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu rakyat yang dilanda kemelut kewangan dek kerana kos sara hidup yang meninggi pada abad ini.
Program ini juga bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan di negeri Sabah terutamanya di kawasan pedalaman.
Bagaimana PADANS Sabah 2025 semakan? Sila rujuk penjelasan dibawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: STR FASA 2 2025
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PADANS SABAH
Rakyat Sabah yang memenuhi kriteria dibawah adalah berkelayakan untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN DISALURKAN
Kadar pembayaran bantuan adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 Jumlah bayaran adalah untuk tempoh tiga bulan serentak. |
SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN PADANS SABAH 2025
Tarikh penyaluran bantuan adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025, Rabu |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Oktober – Disember 2025 |
Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH
Penerima bantuan akan mendapat bayaran seperti berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
SEMAKAN STATUS PENERIMA PADANS SABAH 2025
Status penerima boleh disemak melalui cara berikut:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/