EKASIH 2025 KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

EKASIH 2025 KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Rakyat Malaysia yang tergolong sebagai miskin dan miskin tegar adalah tidak terkecuali dalam mendapat manfaat bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Pada tahun 2025 ini, beberapa bantuan yang disalurkan telah mendapat respons positif yang memberangsangkan daripada rakyat yang tengah dilanda kemelut kewangan.

Bagaimanakah eKasih 2025 kelayakan? Ikuti info selanjutnya untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: STR FASA 2 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat kelayakan ada dikenakan terhadap penerima bantuan ini seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025

Sumbangan yang disalurkan untuk setiap penerima adalah berdasarkan kategori iaitu:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Bantuan disalurkan adalah seperti rajah ditunjukkan dibawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA EKASIH 2025

Penerima boleh menyemak status masing-masing dengan merujuk panduan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment