CARA SEMAK SARA : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (RM2100 & RM1200 & RM900 & RM600)
Beberapa perubahan yang positif telah dibuat dalam Belanjawan 2025 terhadap program bantuan SARA ekoran respon yang baik daripada rakyat.
Antaranya adalah, bagi kategori isi rumah untuk miskin dan miskin tegar akan menerima bantuan SARA melalui MyKad sebanyak RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 tahun 2024. Selain itu, penyaluran SARA ini juga akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding pada tahun 2024 hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia sahaja.
Bagaimanakah cara semak SARA? Ikuti penjelasan lebih lanjut dibawah untuk lebih info serta maklumat.
BACA JUGA: BANTUAN MYKAD
SEMAK KELAYAKAN SARA 2025
Syarat kelayakan untuk setiap penerima bantuan SARA bagi tahun 2025 ini adalah seperti yang disenaraikan dibawah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Setiap kategori yang telah diluluskan permohonan akan menerima jumlah bantuan yang telah ditetapkan secara ansuran dan berperingkat setiap bulan. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN
Penyaluran bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan dengan nila yang telah ditetapkan untuk setiap kategori. Bagi kategori isi rumah untuk miskin dan miskin tegar, Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh rasmi pengkreditan iaitu bermula 15 Januari 2025, Rabu berjumlah RM100 sebulan. Rujuk rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
CARA SEMAK SARA
Penerima digalakkan untuk membuat semakan bagi mengetahui kategori yang diluluskan adalah betul. Rujuk dua panduan dibawah untuk membuat semakan:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Informasi yang dikongsi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]