MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK

MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK

Bermula 1 April 2025 ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah 2025 (SARA) akan lebih meluas sdan mencecah kepada 5.4 juta penerima iaitu peningkatan yang amat tinggi berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Umum sudah maklum bahawa penyaluran bantuan SARA ini telah pun bermula dari 15 Januari 2025 lagi dan dikreditkan kepada penerima secara setiap bulan ke dalam MyKad penerima.

Bagaimanakah MyKasih semakan status 2025? Ikuti penjelasan berikut untuk ketahui maklumat lanjut mengenani bantuan ini.

BACA JUGA: PADANS SABAH 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH 2025

Terdapat dua pautan rasmi yang disediakan bersama panduan dibawah untuk penerima membuat semakan status:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

SEMAKAN KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah menggunakan kaedah seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

SENARAI BARANGAN MYKASIH

Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang mempunyai label MyKasih dan boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment