BANTUAN ASAS SARA (2025 SEMAKAN)
Penyaluran secara bulanan kepada penerima adalah sangat membantu rakyat yang dalam kesusahan mengharungi kehidupan harian. Bantuan ini setidaknya dapat memastikan penerima boleh membeli keperluan asas yang secukupnya secara bulanan kepada individu mahupun seisi keluarga.
Bagaimanakah bantuan asas SARA? Ikuti info serta maklumat selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: PADANS SABAH 2025
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH
Panduan dibawah adalah untuk kegunaan penerima yang ingin membuat semakan status. Terdapat dua pautan yang boleh digunakan seperti berikut:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Penerima akan mendapat manfaat bantuan ini seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.
SENARAI BARANGAN MYKASIH
Barangan berikut adalah antara barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima. Pembelian boleh dibuat di kedai runcit yang berdaftar.
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]