BANTUAN MYKASIH STR 2025 (SEMAKAN STATUS)

BANTUAN MYKASIH STR 2025 (SEMAKAN STATUS)

Mekanisme penyaluran bantuan ini iaitu melalui kaedah pengkreditan ke MyKad penerima adalah supaya bantuan yang disalurkan betul-betul sampai kepada penerima yang berkelayakan.

Selain itu, kerajaan juga dapat memastikan penerima dapat membeli barangan keperluan asas yang diperlukan untuk menyara diri dan keluarga penerima dengan secukupnya.

Bagaimanakah bantuan MyKasih STR 2025? Ikuti penjelasan berikut untuk ketahui maklumat dan info terkini mengenai bantuan.

BACA JUGA: STR FASA 2 SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Senarai dibawah merupakan kelayakan yang perlu ada pada diri penerima untuk mendapat manfaat daripada bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH STR 2025

Penyaluran bantuan kepada semua penerima adalah dengan menggunakan kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Setiap penerima akan mendapat kadar bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang diluluskan. Rujuk rajah dibawah sebagai rujukan:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH STR 2025

Status penerima boleh disemak dengan melayari dua pautan dibawah beserta panduan:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment