CHECK STATUS STR 2025 : (FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

CHECK STATUS STR 2025 : (FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan langkah murni di bawah Payung Rahmah. Bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia kini, kerajaan telah mewujudkan inisiatif ini terhadap sasaran utama bantuan ini iaitu golongan B40 dan M40 yang sedang bergelut dengan cabaran ekonomi.

Penambahbaikan telah diperkenalkan oleh kerajaan khusus untuk tahun 2025 dalam bentuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan tambahan ini memberi tumpuan khusus kepada golongan miskin tegar melalui bayaran bulanan.

Bagaimanakah check status STR 2025? Sila ikuti maklumat dan info terkini di bawah bagi ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN E KASIH 2025 : SEMAK STATUS SARA

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 ini mempunyai beberapa syarat kelayakan yang harus ada pada setiap penerima yang layak seperti berikut:

  1. Isi rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Bayaran bantuan STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BAYARAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 600

STATUS TARIKH BAYARAN STR 2025

Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025
masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini
berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.

CHECK STATUS STR 2025

Pemohon boleh membuat semakan status STR 2025 menerusi online dengan meruju langkah-langkah seperti berikut:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.

  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.

Leave a Comment