LOG MASUK MYKASIH : 2025 SEMAKAN STATUS (RM200 & RM100 & RM50 SEBULAN)

LOG MASUK MYKASIH : 2025 SEMAKAN STATUS (RM200 & RM100 & RM50 SEBULAN)

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan bahawa manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) akan ditingkatkan kepada RM13 bilion pada tahun 2025 berbanding RM10 bilion pada tahun sebelum ini.

Usaha bantuan ini bakal disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.

Bagaimanakah log masuk MyKasih? Sila rujuk info serta maklumat dibawah untuk ketahui lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN MYKAD

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Penerima bantuan ini seharusnya memiliki kelayakan yang ditetapkan seperti dibawah supaya bantuan dapat disalurkan dengan sewajarnya:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN MYKASIH

Peningkatan jumlah telah dilakukan untuk tahun 2025 iaitu sebanyak RM2,100 kepada kategori isi rumah bagi miskin dan miskin tegar berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui jumlah bantuan bagi kategori lain:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SARA MYKASIH 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA

Berita terkini adalah penghebahan tarikh saluran Sumbangan Asas Rahmah 2025 kepada 700,000 penerima kategori isi rumah miskin dan miskin tegar iaitu bermula 15 Januari 2025, Rabu. Jadual dibawah menunjukkan bayaran yang bakal dibuat secara bulanan untuk kategori lain:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

LOG MASUK MYKASIH

Ini adalah cara login MyKasih secara online di https://mykasih.com.my dan di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

LOG MASUK MYKASIH SEMAKAN

Semakan boleh dibuat sekiranya anda ingin mengetahui status semasa untuk pembayaran. Terdapat dua panduan dibawah yang anda boleh rujuk:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai dan dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment