BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa 2 ini dijangka akan meningkat berbanding fasa 1 ekoran permohonan baru serta rayuan yang telah diluluskan kerajaan.
Bagaimanakah bantuan STR fasa 2? Info dan maklumat selanjutnya boleh dirujuk dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Syarat kelayakan berikut merupakan kriteria yang ada pada penerima bantuan setiap kategori:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 2
Bantuan STR adalah disalurkan mengikut tarikh berikut:
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan bermula pada 3 April 2025. Namun begitu, sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. |
Fasa 3 dan 4 | Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa. |
Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Rajah di atas adalah jumlah keseluruhan bantuan STR bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4). Jumlah pembayaran bagi Fasa 2 akan dikemaskini dari masa ke semasa.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 2 2025
Status penerima boleh disemak dengan berpandukan langkah-langkah dibawah:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2025
Kaedah pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]