SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM600 & RM900 & RM2100)

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM600 & RM900 & RM2100)

Ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda dunia kini, kerajaan Malaysia amat mengambil berat akan kos sara hidup bagi rakyat terutamanya bagi golongan miskin dan miskin tegar.

Justeru, bantuan serta sumbangan telah dilancarkan agar rakyat yang berkelayakan dapat menikmati manfaat ini disamping mengurangkan beban yang ditanggung.

Bagaimanakah semakan bantuan MyKasih? Ikuti info selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: STR 2025 FASA 2

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan bantuan yang perlu ada pada penerima adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN KADAR BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah sumbangan yang disalurkan kepada penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH SALURAN BANTUAN

Tarikh saluran bagi bantuan adalah yang diumumkan oleh pihak kerajaan seperti berikut:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima menerusi kaedah berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Panduan dibawah adalah untuk dirujuk bagi membuat semakan status penerima bantuan:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment