BANTUAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN MYKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Penyaluran SARA pada tahun 2025 melalui penggunaan MyKad telah diperluaskan sehingga ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Bagaimanakah bantuan MyKasih? Sila ikuti info serta maklumat selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: STR FASA 2 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan dibawah adalah kemestian untuk penerima mendapat manfaat bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima bantuan akan mendapat jumlah bantuan yang telah ditetapkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025

Penyaluran bantuan adalah berdasarkan hebahan yang diumumkan oleh kerajaan seperti berikut:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih ini boleh dibuat semakan secara dalam talian sahaja seperti panduan berikut:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment