SEMAKAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)

SEMAKAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)

Seperti yang telah dihebohkan oleh kerajaan dalam peruntukan Belanjawan 2024, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA ONE OFF bakal disalurkan kepada semua penerima STR yang lulus permohonan pada tahun 2024 melalui pelbagai bentuk bayaran. Oleh itu, semua penerima digalakkan untuk membuat semakan secara online bagi mengetahui status permohonan terkini.

Bagaimanakah semakan sara one off? Anda boleh ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

Baca juga : SEMAKAN STR 2025 (CHECK ONLINE).

SEMAKAN SARA ONE OFF

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA pembayaran secara one-off, sila rujuk cara semakan di bawah:

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF

Jumlah pembayaran Bantuan SARA secara one-off ataupun bayaran secara sekaligus adalah ditentukan oleh kelayakan setiap kategori seperti berikut:

  • Isi Rumah berpasangan atau tunggal akan menerima RM300;
  • Bujang berumur 21 hingga 59 tahun akan menerima RM150;
  • Warga Emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima RM150.

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off (sekaligus):

  • Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’:
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 9 Disember 2024, Isnin.
  • Penerima Ada Akaun Bank:
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan bermula 9 Disember 2024, Isnin secara berperingkat.

JENIS BAYARAN SARA ONE OFF

Bayaran bantuan SARA ONE OFF bagi tahun 2024 terdapat tiga jenis bayaran. Hal ini adalah seperti di bawah:

  1. Secara ansur setiap bulan kepada penerima Semenanjung Malaysia berstatus Miskin / Miskin Tegar;
  2. Secara ansur dua (2) kali setahun kepada penerima Sabah dan Sarawak berstatus Miskin / Miskin Tegar; dan
  3. Secara one-off (sekaligus) kepada penerima seluruh Malaysia yang berstatus BUKAN Miskin / Miskin Tegar.

RUJUKAN

Segala info dan maklumat yang dikongsi di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Kami sekadar berkongsi perkara ini bagi memudahkan carian pengguna. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan soalan mengenai bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

Talian Bantuan SARA MOF: 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment