SEMAK STATUS STR 2026 : CARA CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL
Kelayakan penerima bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk sesi 2026 adalah sama seperti tahun sebelumnya. Maka, penerima yang lama tidak perlu membuat permohonan baru tetapi harus mengemaskini maklumat peribadi di Portal Rasmi STR sekiranya belum pernah kemaskini selama tiga tahun berturut-turut.
Bagaimanakah semak status STR 2026? Sila ikuti penulisan maklumat yang sahih di dalam artikel ini.
BACA JUGA: SARA 2026 ONLINE
SEMAK KELAYAKAN STR 2026
Sebelum memohon, orang ramai digalakkan untuk melihat terlebih dahulu syarat yang dikenakan bagi mengetahui kategori yang ingin dipohon seperti yang tertera di bawah:
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
PANDUAN MOHON BANTUAN STR
Setelah anda pasti golongan atau kategori yang anda penuhi, sila ikuti langlah-langkah berikut untuk membuat pendaftaran bantuan:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu) dan (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Isikan Pilihan Pekerjaan.
- Isikan Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan
- Bujang
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
DAFTAR AKAUN BARU STR 2026
Semua penerima bantuan STR sama ada yang baru atau lama, perlu melakukan pendaftaran akaun baharu di laman web MySTR seperti di bawah:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAK STATUS JUMLAH BAYARAN STR 2026
Kadar pengkreditan bantuan adalah mengikut kategori yang diluluskan. Penerima boleh merujuk rajah dibawah untuk ketahui jumlah bantuan yang bakal diterima:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
TARIKH PENYALURAN FASA 1
Setakat ini, tarikh penyaluran bantuan bagi Fasa Pertama masih belum diketahui juga belum dihebahkan oleh Kementerian Kewangan. Anda boleh mengikuti rapat dan sentiasa ikuti penulisan artikel kami bagi ketahui info terkini mengenai bantuan.
Kami akan kemaskini maklumat terkini sejurus sahaja berlakunya hebahan maklumat terkini mengenai bantuan oleh kementerian.
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.