SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025(CHECK STATUS BANTUAN SARA)

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 (CHECK STATUS BANTUAN SARA)

Menjurus ke arah pembangunan dan pemodenan kini, Kerajaan Madani akan terus menerus menambahbaik dari segi pemberian dan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada rakyat supaya lebih ramai lagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat menikmati kemanfaatan yang disediakan.

Bagaimanakah semakan Sumbangan Asas Rahmah 2025? Sila ikuti info dan panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STR (2025 SEMAK ONLINE BANTUAN)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan adalah berdasarkan kadar kelayakan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah: RM 1,200
Warga Emas: RM 1,200
Bujang: RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah: RM 900
Warga Emas: RM 450
Bujang: RM 0

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Untuk membuat semakan status kelayakan permohonan, ikuti cara semakan di bawah:

  1. Layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

Leave a Comment