SEMAKAN STR ISI RUMAH : 2025 FASA 1
STR iaitu Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan.
Bantuan ini adalah untuk penerima yang terdiri daripada golongan bujang, isi rumah dan warga emas iaitu bersamaan kira-kira 9 juta rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah semakan STR isi rumah? Teruskan pembacaan untuk mengetahui info serta maklumat terkini.
BACA JUGA: EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR
Beberapa syarat kelayakan telah dikenakan untuk membuat permohonan program bantuan ini. Syarat-syaratnya adalah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH STR ISI RUMAH
Kadar bayaran yang bakal disalurkan kepada penerima adalah berbeza mengikut kategori masing-masing seperti rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH BANTUAN STR DISALURKAN
Sehingga kini tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Namun begitu, jika terdapat sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.
SEMAKAN STR ISI RUMAH
Anda boleh membuat semakan status STR 2025 menerusi online dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN STR
Untuk set semula kata laluan atau terlupa, ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan kata laluan yang baru:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk penjelasan yang lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan jangkauan pengguna.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].