SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Pembaharuan bagi bantuan SARA untuk tahun 2025 telah memberi manfaat yang lebih kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana penyaluran telah diperluaskan berbanding pada tahun 2024 yang hanya di negeri-negeri semenanjung sahaja.

Bagaimanakah semakan status MyKasih 2025? Ikuti maklumat lanjut dan terkini dibawah.

BACA JUGA: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut merupakan kriteria yang dikehendaki oleh penerima bantuan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kategori yang berbeza akan mendapat jumlah bantuan yang berbeza seperti yang telah ditetapkan berikut:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

SEMAKAN KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Kaedah penyaluran bantuan adalah secara bulanan seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Pautan dibawah adalah untuk penerima membuat semakan kelayakan untuk bantuan. Rujuk panduan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH 2025

Kaedah pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment